Harun Rasheed Digantung 10 Tahun, Enam Atlet Antara 18 Bulan Dan 24 Bulan - Sukan | mStar

Harun Rasheed Digantung 10 Tahun, Enam Atlet Antara 18 Bulan Dan 24 Bulan

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed Othman digantung selama 10 tahun manakala enam atlet pecut negara dikenakan hukuman antara 18 bulan dan dua tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland.

Mereka dikenakan hukuman tersebut atas kesalahan menghilangkan diri ketika diarah menjalani ujian doping di Institut Sukan Negara (ISN) di sini pada 24 Mei 2011 sebelum mengikuti latihan dan pertandingan di luar negara.

Sebelum ini, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mengheret Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ke CAS selepas badan induk olahraga negara itu hanya memberi amaran keras kepada enam atlet berkenaan.

KOM pula mengenakan penggantungan selama setahun terhadap Harun Rasheed yang didakwa menjadi dalang terhadap tindakan enam atlet berkenaan melarikan diri ke Buglaria, sekali gus mengingkari arahan ujian doping.

Presiden KOM Datuk Zainal Abidin Ahmad hari ini berkata lima atlet berkenaan Norjannah Hafiszah Jamaludin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Mohamad Noor Imran Hadi, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling masing-masing dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun berkuatkuasa 24 Mei lepas.

Beliau berkata seorang lagi atlet, Siti Fatimah Mohamad digantung selama 18 bulan kerana menjadi saksi dan menunjukkan bahan bukti mengenai kes tersebut.

Harun Rasheed pula digantung daripada sebarang jenis sukan selama 10 tahun bermula 12 Sept 2011, katanya kepada pemberita di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Selain hukuman tersebut, Zainal Abidin berkata CAS turut memerintahkan KOM supaya membayar kos sebanyak CHF5,000 (RM15,993) kepada WADA.

Menurutnya kesemua atlet dan jurulatih berkenaan sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tersebut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.