suria

Kelantan Layak Ke Final Piala FA

Pemain Terengganu, Effa Owona (kanan) kecewa apabila percubaannya berjaya disekat oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi (kiri) dalam perlawanan separuh akhir kedua piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu pada Selasa.Terengganu menundukkan Kelantan dengan 4-1. - foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kelantan layak ke final Piala FA 2013 walaupun kalah 4-2 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, Selasa.

Kelantan layak dengan agregat 6-5 selepas mereka mencatatkan kemenangan 4-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Sabtu lepas.

Satu lagi perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) akan berlangsung di Stadium Darulmakmur, Kuantan, pada pukul 8.45 malam ini.

Johor DT menang 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain