Malaysia & Singapura Setuju Batal Perlawanan Persahabatan - Subahan - Sukan | mStar

Malaysia & Singapura Setuju Batal Perlawanan Persahabatan - Subahan

PETALING JAYA: Perlawanan persahabatan 'Causeway Challenge' antara Malaysia dengan Singapura yang dijadual pada 4 dan 7 Jun ini telah dibatalkan atas persetujuan bersama.

Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, keputusan itu dicapai selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) mengadakan perbincangan.

Oleh kerana kesuntukan masa, saya rasa lebih baik jurulatih Datuk K. Rajagobal diberi masa mempersiapkan pasukan sebelum menentang Bahrain pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015, Oktober ini, katanya.

"Saya sendiri menghubungi setiausaha agung FAS dan kita buat satu keputusan bersama membatalkan perlawanan persahabatan ini," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini Isnin.

Malaysia akan berdepan Bahrain dalam kelayakan Piala Asia 2015 pada 13 Oktober depan di negara berkenaan, sebelum perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur pada 15 November ini.

Skuad Harimau Malaya, kemudian akan turun dalam aksi timbal balik menentang Qatar di sini, pada 19 November sebelum bertemu Yemen di negeri tersebut pada 5 Mac, 2014.

Sebelum ini skuad Harimau Malaya tumpas 0-2 kepada Qatar dan menang 2-1 ke atas Yemen dalam aksi kumpulan D.

Tindakan Rajagobal untuk menghadapi kelab divisyen dua di Australia - Canberra dan Sydney serta tindakan FAM membatalkan perlawanan persahabatan dengan Singapura mengundang pelbagai hujah.

Keputusan itu juga menimbulkan pelbagai tanda tanya dan beranggapan ia sesuatu yang merugikan kerana perlawanan persahabatan menentang Singapura menawarkan mata ranking untuk diperbaiki Malaysia yang kini berada di tangga ke-161 dunia.

Subahan berkata, pendedahan di Australia itu dan beberapa perlawanan persahabatan selepas itu, adalah platform terbaik bagi pemain menerap strategi yang direncanakan jurulatih bagi menghadapi kelayakan Piala Asia.

"Kita sudah kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan Singapura sebelum ini dan pada kali ini, kita bersetuju membawa pemain ke luar negara (selain Singapura) untuk berlatih bersama bagi mendapatkan kembali semangat dan nafas baru," katanya.

Sementara itu, Rajagobal percaya beberapa perlawanan persahabatan di luar negara dapat memantapkan corak permainan skuad negara dalam mengharungi kempen kelayakan Piala Asia.

"Kalau sekadar latihan (di Australia) sahaja tidak memadai. Jadi kita mahu memanfaatkan peluang yang ada untuk mengadakan perlawanan persahabatan di sana sebelum berdepan Bahrain," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Sudirman 2013

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain