suria

Dua Pemain Australia Pendahulu Pusingan Ketiga MOA

KUANTAN: Dua pemain Australia Taylor Macdonald dan Kevin Marques muncul pendahulu setelah terikat empat pukulan selepas pusingan ketiga edisi ke-111 Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia (MAO) di Kelab Golf Diraja Pahang di sini Sabtu.

Pemain India Karan Taunk berada di tempat ketiga selepas melakukan tiga bawah par 68 dengan jumlah keseluruhan tiga bawah par 210 untuk terikat dengan pemain Taiwan Chieh-Po Lee, pemain Thailand Poom Sansaksin dan pemain negara, Albright Chong.

Taunk memasuki pusingan hari ini dengan lapan pukulan di belakang pendahulu, Kevin Marques.

Albright Chong yang berkesudahan di tempat ketiga pada Jumaat terpaksa berpuas hati apabila terikat di tempat ketiga bersama Taunk, Lee dan Sansaksin selepas sekadar mencatatkan tiga atas par 74.

"Saya harap dapat bermain dengan lebih baik pada hari terakhir esok. Saya hanya mahu melupakan pusingan hari ini," kata Albright.

Sementara itu, pemain elit Malaysian Golfers Association, Abel Tam menamatkan permainan dengan berkongsi tempat ketujuh bersama pemain Thailand Chanachok .D dan pemain Singapura Jerome Ng dengan jumlah catatan keseluruhan dua bawah par 211. Tam melakukan 71 pukulan even par hari ini.

Udayan Mane dari India dan Edgar Oh dari Singapura masing-masing mencatatkan 69 dan 70 pukulan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan catatan mereka satu bawah par 212, menyebabkan mereka berkongsi tempat kesepuluh apabila melangkah ke pusingan akhir esok yang akan berlangsung pada 7.30 pagi.

10 KEPUTUSAN TERBAIK:

TAYLOR MACDONALD (AUS)- 206 (68, 67, 71) KEVIN MARQUES (AUS)- 206 (68, 66, 72) KARAN TAUNK (IND)- 210 (73, 69, 68) CHIEH-PO LEE (TWN)- 210 (71, 71, 68) POOM SAKSANSIN (THA)- 210 (69, 70, 71)

ALBRIGHT CHONG (MAS)- 210 (69, 67, 74) ABEL TAM (MAS)- 211 (71, 69, 71)

CHANACHOK .D (THA)- 211 (70, 70, 71)

JEROME NG (SIN)- 211 (72, 66, 73) UDAYAN MANE (IND)- 212 (70, 69, 69)

EDGAR OH (SIN)- 212 (70, 72, 70) -BERNAMA

Artikel Lain