suria

Rajagobal Panggil Lima Muka Baru Jalani Latihan Skuad Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Lima muka baharu antara 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal bagi menjalani latihan pusat, sebagai persediaan menghadapi perlawanan antarabangsa dan pusingan kelayakan Piala Asia 2015.

Lima pemain berkenaan ialah dua pemain Johor Darul Takzim, Mohd Nurul Azwan Roya dan Mohd Farid Ramli; Mohd Faiz Subri(Kelantan); Mohd Nazrin Mohd Nawi (Negeri Sembilan) dan Mohd Nizad Ayub dari Selangor PKNS FC.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini, berkata kesemua 26 pemain berkenaan perlu melapor diri kepada Rajagobal di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 29 Mei ini.

Selain itu, FAM juga menamakan 12 pemain yang perlu bersedia untuk dipanggil menjalani sesi latihan pusat yang diadakan, jika mana-mana 26 pemain berkenaan disahkan oleh doktor pasukan kebangsaan mengalami kecederaan.

Mereka ialah Muhammad Shahrom Abd Kalam dan Yong Kuong Yong (Perak); Abdul Shukur Jusoh (Selangor); Mohd Shakir Md. Ali (Negeri Sembilan); Mohd Saiful Nizam Miswan, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Fauzi Rozlan (Pahang), Muhammad Zubir Azmi (Terengganu); Mohd Fitri Omar dan Mohd Farizal Harun (ATM); Helmi Remeli dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Selangor PKNS).

Skuad Harimau Malaya akan menjalani sesi latihan pusat bermula 29 Mei hingga 2 Julai di Wisma FAM sebelum berlepas ke Australia bagi perlawanan persahabatan di sana dari 3 hingga 15 Julai.

Senarai 26 pelatih skuad bola sepak kebangsaan:

Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Farizal Marlias (Perak); Mohd Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Norazlan Razali, Mohd Bunyamin Umar, Asraruddin Putra Omar, K.Gurusamy, S. Kunalan (Selangor); Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim, Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Farid Ramli (Johor Darul Takzim); Azamuddin Mohd Akil (Pahang); Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Shakir Shaari,Mohd Badhri Radzi, Mohd Faiz Subri (Kelantan); Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Mohd Nazrin Mohd Nawi (Negeri Sembilan), Amiridzwan Taj Tajudin, K. Reuben (ATM); Mohd Nizad Ayub (Selangor PKNS). -BERNAMA

Artikel Lain