suria

Nicol Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Britain

Pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir skuash terbuka Britain

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan prestasi cemerlang pada Kejohanan Skuasy Terbuka Britain 2013 apabila mara ke separuh akhir kejohanan.

Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Hull and East Riding Club di Hull City pada Jumaat, ratu skuasy Malaysia itu mudah mengatasi pemain pilihan keenam Joelle King dari New Zealand, dengan 13-11, 11-8 dan 11-1 dalam masa 35 minit.

Menurut laman web rasmi kejohanan www.britishopensquash.net/blog/, Nicol, 29, yang memburu kejuaraan kali kelima, akan berdepan sama ada pemain pilihan keempat Alison Waters dari England atau Kasey Brown dari Australia pada perlawanan separuh akhir esok.

Nicol menjuarai kejohanan itu pada 2005, 2006, 2008 dan 2010. -BERNAMA

Artikel Lain