suria

Pemain Veteran United Brian Greenhoff Meninggal Dunia

Brian Greenhoff (kanan) dan adiknya Jimmy meraikan kemenangan United mengatasi Liverpool dalam aksi final Piala FA pada 1977.

VETERAN Manchester United, Brian Greenhoff, telah meninggal dunia pada pagi Rabu di kediaman keluarganya.

Mendiang berusia 60 tahun.

Sepanjang kariernya bersama United, Greenhoff telah bermain sebanyak 271 kali untuk kelab itu dan 18 kali untuk skuad kebangsaan England.

Bekas pemain pertahanan itu juga pernah mewakiki Leeds United.

Dilahirkan di Barnsley, Greenhoff menyertai United sebagai pemain remaja pada tahun 1968 dan merupakan salah seorang daripada skuad yang pernah memenangi Divisyen Dua Inggeris pada tahun 1975.

Dua musim selepas itu dia berjaya mengondol Piala FA bermain bersama-sama dengan adiknya Jimmy Greenhoff menumpaskan Liverpool.

Greenhoff kemudiannya berpindah ke Leeds dan bermain selama tiga musim di sana.

Brian dan adiknya Jimmy adalah pasangan adik beradik pertama yang mencipta nama sebagai superstar di United sebelum kemunculan pasangan saudara Gary dan Phil Neville dan kini United meneruskan tradisi itu dengan memiliki pasangan kembar Fabio dan Rafael da Silva dalam skuad utama mereka.

Artikel Lain