suria

Nicol Mara Ke Suku Akhir Terbuka British

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir kejohanan skuasy Terbuka British 2013.

Pemain berusia 29 tahun itu mengalahkan Sarah Kippax dari England dalam straight set 11-2, 14-12, 11-2 dalam pertarungan yang hanya mengambil masa 35 minit, di Pontefract di West Yorkshire, England pada Rabu.

Nicol akan bertemu pemain pilihan keenam Joelle King dari New Zealand pada perlawanan suku akhir Jumaat ini.

King menempah tempat dalam lapan pusingan terakhir selepas menundukkan pemain Hong Kong, Annie Au dalam pusingan kedua, 11-5, 11-7 dan 11-5.

Untuk rekod, Nicol telah memenangi Terbuka British sebanyak empat kali pada 2005, 2006, 2008 dan 2012. - BERNAMA

Artikel Lain