suria

Rodwell Dipanggil Sertai Skuad England

PEMAIN tengah Manchester City, Jack Rodwell dipanggil bagi menyertai skuad England menjelang perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland dan Brazil.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini jarang dilihat beraksi dengan kelabnya kerana kecederaan.

Namun pada bulan lalu Rodwell kembali menjadi tumpuan apabila membantu menjaringkan dua gol untuk menang ke atas Norwich 3-1 Ahad lalu.

Sebelum ini juga Rodwell telah mencatat dua kap antarabangsa, kedua-duanya dengan perlawanan persahabatan walaupun dia tidak beraksi bersama England sejak tahun 2011.

Artikel Lain