suria

Real Madrid Umum Penamatan Kontrak Jose Mourinho

Jose Mourinho
Jose Mourinho
Jose Mourinho

Jose Mourinho kini bebas untuk meninggalkan Real Madrid dan kembali ke Chelsea selepas Presiden Real Madrid, Florentino Perez malam tadi mengesahkan yang kelab itu telah mencapai persetujuan untuk berpisah dengan pengurus mereka itu atas persetujuan bersama.

Mourinho juga bersetuju untuk tidak menuntut pampasan berjumlah £12 juta sebagaimana yang termaktub di dalam kontraknya bersama Real.

Perez mengumumkan bahawa perkhidmatan Mourinho selama tiga tahun bersama bekas juara Sepanyol itu akan berakhir pada 1 Jun depan.

Mourinho masih memiliki baki kontrak selama empat tahun lagi bersama Real tetapi hasratnya yang memuncak untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea mendorongnya untuk menamatkan perkhidmatan bersama Real.

Beliau kini hanya akan menguruskan dua perlawanan liga lagi bersama Real iaitu menentang Real Sociedad Ahad ini dan kemudian menentang Osasuna pada 1 Jun.

Perez, kini berharap mereka berjaya mendapatkan khidmat Pengurus Paris Saint-Germain, Carlo Ancelotti, yang baru saja dinobatkan sebagai juara Perancis.

Mourinho memenangi dua kejuaraan liga ketika mengemudi Chelsea sebelum beliau dipecat pada September 2007.

Pengurus asal Portugal itu tiba di Real Madrid pada 2010 sejurus selepas memenangi Liga Juara-Juara bersama Inter Milan, menewaskan Bayern Munich di Bernabeu. Beliau sebelum ini memenangi piala itu bersama Porto pada 2004.

Di Real beliau hanya mampu membawa pasukan itu ke peringkat separuh akhir sahaja selama tiga musim berturut-turut walaupun dibarisi oleh bintang-bintang ternama seperti Ronaldo.

Artikel Lain