Poul-Erik Hoyer LarsenKUALA LUMPUR: Bekas juara Olimpik, Poul-Erik Hoyer Larsen dipilih sebagai Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam mesyuarat pemilihan pada Sabtu.Hoyer Larsen, Presiden Konfederasi Badminton Eropah itu memperoleh 145 undian untuk menewaskan pencaranya dari Indonesia, Justian Suhadinata yang mendapat 120 undian. Gustavo Salazar Delgado dari Peru pula menewaskan penyandang jawatan, Paisan Rangsikitpho dari Thailand untuk menduduki jawatan Timbalan Presiden dengan undian 149-118.