Barisan Jurulatih BadmintonTerkilan Persembahan Skuad Badminton Negara - Sukan | mStar

Barisan Jurulatih BadmintonTerkilan Persembahan Skuad Badminton Negara

KUALA LUMPUR: Barisan kejurulatihan skuad badminton kebangsaan kecewa dengan persembahan hambar sebahagian besar pemain negara berikutan kekalahan mengejut 2-3 kepada Taiwan pada aksi pembukaan Kumpulan C Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad.

Ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata beliau tidak menyangka pemain yang disandar harapan untuk memungut mata penting untuk skuad negara gagal berbuat demikian.

Beliau menyifatkan nasib malang yang menimpa skuad negara berpunca daripada kekalahan mengejut beregu lelaki ketiga dunia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kepada Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin 18-21 dan 18-21.

"Sebelum bermulanya perlawanan ini, barisan kejurulatihan kita yakin bahawa inilah barisan pemain terbaik yang mampu memberikan mata penting kepada kita, malangnya perancangan kita tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Turut senada ialah Ketua jurulatih beregu negara Tam Kim Her, yang jelas menyalahkan Koo dan Tan kerana hilang fokus akibat terganggu dengan kebangkitan mendadak pihak lawan pada set kedua.

"Mereka bermain di bawah tahap sebenar pada perlawanan hari ini... Koo dan Tan bermain bagus pada set pertama, namun sebaik sahaja memasuki set kedua, mereka terus hilang fokus sehingga memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk mencatat kemenangan," katanya.

Kim Her berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan jurulatih lain sama ada mengekalkan Koo dan Tan selaku taruhan terbaik negara ketika aksi kedua Kumpulan C menentang juara Eropah, Jerman, Selasa ini.

Beliau bagaimanapun masih meletakkan harapan yang menggunung kepada skuad negara untuk melangkah ke suku akhir, walaupun harus berdepan laluan berliku selepas ini.

Sementara itu, Koo dan Tan yang ditemui pemberita mengakui kesilapan mereka dan berjanji akan menebus kembali kekalahan ketika bertemu Jerman.

"Saya akui permainan hari ini bukanlah persembahan sebenar kami, dan lawan nyata bijak menggunakan kelebihan bermain di jaring untuk memungut banyak mata... Kami akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada sebelum turun bertemu Jerman nanti," kata Koo.

Tan pula berkata kekalahan itu memberi pengajaran berguna kepada mereka bagi menghadapi perlawanan penting selepas ini, termasuk Kejohanan Badminton Sedunia yang bakal berlangsung di China Ogos ini.

Pandangan sama turut dilontar beregu wanita negara Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei, yang mengakui kelemahan mereka ingin menamatkan perlawanan dengan pantas.

Vivian dan Woon kalah kepada beregu dari Taiwan 17-21 dan 19-21.

"Kami sudah memberikan persembahan terbaik pada perlawanan hari ini, namun pihak lawan bijak mengambil kesempatan di atas kesilapan yang kami lakukan...

"Saya akui perasaan gementar dalam diri turut menjadi punca kekalahan kami kepada pasangan dari Taiwan itu," kata Vivien, yang beraksi buat pertama kali pada Piala Sudirman.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain