suria

McCarthy Lengkapkan Senarai Penuh Pasukan England

Alex McCarthy
Alex McCarthy
Alex McCarthy

PENGURUS England, Roy Hodgson menyenaraikan penjaga gol Reading, Alex McCarthy menjelang perlawanan persahabatan bertemu Republik Ireland dan Brazil.

McCarthy bakal menyertai dua lagi penjaga gol, Joe Hart dan Ben Foster dalam senarai penuh 22 pemain England.

"Ini merupakan peluang terbaik baginya untuk bersama pasukan senior.

"Dia memang layak berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Saya belum bercakap dengannya lagi tetapi kami telah membuat keputusan beberapa hari lepas.

"Saya berharap dia gembira bersama skuad dan saya akan bertemu dengannya nanti.

"Ini penting bagi pemain muda untuk menunjukkan apa yang mereka boleh buat," jelas Hodgson.

McCarthy merupakan pemain Bawah 21 Tahun England sebelum bertapak ke Stadium Madejski.

Sementara itu, penyerang Liverpool, Daniel Sturridge turut disenaraikan dalam pasukan, bersama Andy Caroll.

Manakala tiga pemain Chelsea, Frank Lampard, Gary Cahill dan Ashley Cole yang baru menjulang trofi Liga Europa turut menjadi pilihan Hodgson.

Perlawanan bertemu Republik Ireland akan berlangsung pada 29 Mei ini di Stadium Wembley, manakala Rio menjadi tuan rumah bagi pertemuan dengan Brazil pada 2 Jun ini.

SENARAI PENUH PASUKAN ENGLAND:

Penjaga gol:

Ben Foster, Joe Hart, Alex McCarthy

Pemain Pertahanan:

Leighton Baines, Gary Cahill, Ashley Cole, Phil Jagielka, Glen Johnson, Phil Jones, Joleon Lescott, Kyle Walker

Pemain Tengah:

Michael Carrick, Tom Cleverley, Frank Lampard, James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain, Theo Walcott

Penyerang:

Andy Carroll, Jermain Defoe, Wayne Rooney, Daniel Sturridge, Danny Welbeck

Artikel Lain