suria

Penyerang QPR & Perancis Loic Remy Ditahan Polis

LONDON: Penyerang QPR dan Perancis, Loic Remy, telah ditahan bersama dua lelaki yang lain kerana disyaki merogol seorang wanita berusia 34 tahun.

Pemain antarabangsa berusia 26 tahun itu kini ditahan oleh Bahagian Jenayah Seks Scotland Yard untuk siasatan lanjut.

Mereka ditahan di Fulham dua hari selepas kejadian itu.

Insiden yang melibatkan wanita 34 tahun itu dikatakan berlaku pada 6 Mei lalu.

Firma guaman yang bertindak bagi pemain itu, Harbottle & Lewis dalam satu kenyataan menegaskan yang Remy menafikan sebarang penglibatannya dalam kejadian tersebut.

Remy menyertai QPR dari bekas juara Perancis, Marseille dengan harga £8 juta Januari lalu.

Firma guaman itu menambah, anak guam mereka masih belum didakwa atas sebarang kesalahan sehingga waktu ini.

Dia masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Akhir Liga Europa

Artikel Lain