suria

Piala AFC: Selangor Tersingkir

KUALA LUMPUR: Selangor menamatkan cabaran pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini selepas kalah 2-0 kepada wakil Maldives, New Radiant Sports Club (NRSC), pada pusingan kedua 16 pasukan di Stadium Nasional Maldives, Rabu.

Kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan pada 90 minit perlawanan sebelum NRSC, selaku juara Kumpulan F, bangkit pada masa tambahan 30 minit untuk menempah tiket ke suku akhir.

Pada perlawanan pusingan kalah mati itu, pemain tengah Ahmed Niyaz membuka tirai jaringan pada minit ke-98 diikuti Ali Fasir pada minit ke-109, sekali gus meranapkan impian Selangor untuk melangkah ke suku akhir buat kali kedua selepas 2006.

Semalam, Kelantan, juara kumpulan G, turut tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas 2-0 kepada naib juara Kumpulan E, Kitchee Sports Club dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu.

Sebelum ini, Kelantan pernah layak ke suku akhir pada 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain