suria

Liga Europa: Rafa Enggan Dedah Tahap Kecergasan Terry, Hazard

Terry diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan ketika aksi Liga Perdana bertemu Aston Villa, Sabtu lalu.

KELAB Chelsea enggan mendedahkan tahap kecergasan kapten pasukan, John Terry dan perancang utama, Eden Hazard menjelang final Liga Europa awal pagi Khamis ini.

Kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan ketika menang ke atas Aston Villa, 2-1 pada aksi liga perdana Sabtu lalu.

Terry mengalami kecederaan buku lali, manakala Hazard mengalami kecederaan hamstring.

Pada Isnin, Terry dan Hazard menjalani pemeriksaan lanjut, namun keputusan perubatan tidak didedahkan bagi mengelak Benfica mengetahuinya.

Pengurus pasukan Rafael Benitez akan mengumumkan keadaan kedua-kedua pemainnya itu pada sidang media di Amsterdam Arena Rabu ini.

Selain itu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengumumkan Bjorn Kuipers dari Belanda bakal mengadili aksi final nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain