suria

Kelantan Gagal Mara Ke Suku Akhir Piala AFC

KOTA BAHARU: Kelantan gagal mara ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila tewas 0-2 kepada Kitchee SC dari Hong Kong pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam Selasa.

Kedua-dua pasukan memulakan permainan secara seimbang tetapi The Red Warriors dikejutkan pada minit ke-14 apabila pemain importnya Lek Kcira menjaringkan gol sendiri ketika cuba menyelamatkan bola rembatan lintang pemain Kitchee SC Pablo Gonzalez Counago di hadapan pintu gol.

Kitchee SC yang terus mengasak dengan gerakan hantaran pendek kerap mencemaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat dan pada minit ke-47 pasukan lawan berjaya menjaringkan gol kedua melalui sepakan Jorge Tarres Paramo.

Kelantan yang mengungguli Kumpulan G menentang Kitchee SC yang berada di tangga kedua Kumpulan E tanpa timbal balas. Kemenangan Kitchee SC itu melayakkan pasukan itu mara ke peringkat suku akhir, Disember ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain