suria

Enam Pemain Hoki Kebangsaan Tetap Bersama Terengganu

KUALA TERENGGANU: Enam pemain kebangsaan yang mewakili Terengganu dalam kejohanan Liga Hoki Kebangsaan tahun ini akan tetap bersama pasukan itu tahun depan.

Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Sabri Salleh berkata perkara itu disuarakan keenam-enam pemain berkenaan sebaik Terengganu tersingkir daripada kejohanan itu musim ini.

"Pemain-pemain ini masih lagi dengan Terengganu dan mereka InsyaAllah akan bersama kita lagi pada musim depan," katanya pada Jumaat.

Enam pemain berkenaan ialah Mohd Sharun Nabil, Mohd Fitri Saari, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Azlan Masron dan Jiwa Mohan.

Terengganu yang pertama kali menyertai kejohanan itu tahun ini, disingkirkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di peringkat suku akhir.

Beliau berkata khidmat pemain kebangsaan itu diperlukan Terengganu untuk menghadapi kejohanan hoki Piala Razak yang dijadual selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Terengganu adalah juara kejohanan itu tahun lepas.

Terengganu akan membuat persiapan membentuk pasukan Piala Razak mulai minggu depan, katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain