suria

David Moyes Bakal Dilantik Pengurus Baru MU

David Moyes bakal meninggalkan Everton pada penghjung musim
 David Moyes bakal meninggalkan Everton pada penghjung musim
David Moyes bakal meninggalkan Everton pada penghjung musim

LONDON: David Moyes akan meninggalkan Everton pada penghujung musim sekaligus mengesahkan hasratnya untuk menggantikan Pengurus Manchester United, Alex Ferguson, menurut Everton dalam satu kenyataan pada Khamis.

David, yang telah bersama Everton sejak 2002, merupakan pilihan utama bagi mengisi jawatan Pengurus Pasukan United ekoran pengumuman Ferguson untuk bersara pada akhir musim selepas berjaya memenangi 13 gelaran juara liga, lima kejuaraan Piala FA dan dua kali merangkul kejuaraan dalam Piala Liga Juara-Juara.

"Everton boleh mengesahkan bahawa David Moyes akan meninggalkan kelab ini pada penghujung musim.

"Pengurus pasukan itu telah bertemu dengan Pengerusi Bill Kenwright petang semalam dan mengesahkan hasratnya untuk menyertai Manchester United," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pengerusi kelab, merakamkan penghargaan terhadap pencapaian kelab di bawah pimpinan David serta sumbangannya terhadap Everton sejak dia bersama mereka pada Mac 2002.

"Dia merupakan pengurus pasukan yang hebat. David telah mengetuai pasukan dalam hampir 500 perlawanan termasuk empat kejohanan di Eropah.

"Dua perlawanan terakhir beliau sebagai Pengurus Everton ialah dalam Liga Perdana Inggeris iaitu perlawanan menentang West Ham dan Chelsea.

"Wakil Everton akan mencari pengganti bagi jawatan pengurus pasukan segera," menurut kenyataan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain