suria

Pemain Sarawak Perlu Perbaiki Kelemahan - Alberts

KUCHING: Sarawak perlu mencipta lebih banyak peluang di hadapan pintu gol lawan apabila melayan pendahulu Liga Perdana, Sime Darby FC, minggu depan, kata ketua jurulatih Robert Alberts.

Berdasarkan kemenangan tipis 2-1 ke atas SPA Putrajaya semalam, Alberts meminta anak buanya segera memperbaiki kelemahan sebelum menentang Sime Darby FC dalam usaha memburu gelaran juara liga musim ini.

Selepas 15 perlawanan, Sarawak menghuni tangga kedua dalam liga dengan mengumpul 37 mata manakala Sime Darby FC mempunyai kelebihan dua mata untuk mengungguli persada liga.

Jurulatih itu turut memuji pemain gantian Junior Eldstal yang menampilkan persembahan menarik dengan memiliki skil merampas bola dari pihak lawan dan melakukan hantaran tepat.

"Beliau mungkin disenarai dalam kesebelasan utama apabila menentang Sime Darby FC nanti," kata Alberts selepas perlawanan Jumaat malam.

Eldstal atau nama tempatannya, Putera Nadher Amarhan, memegang pasport Malaysia dan disenaraikan sebagai pemain tempatan. Ibunya adalah rakyat Sabah manakala bapanya adalah warga Sweden.- BERNAMA

Artikel Lain