suria

Liga Juara-Juara: Bayern Menang Besar Ke Atas Barcelona

Arjen menjaringkan gol pertama buat Bayern pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.
Arjen menjaringkan gol pertama buat Bayern pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.
Arjen menjaringkan gol pertama buat Bayern pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Khamis.

PASUKAN Bayern Munich meraih kemenangan besar secara agregat 7-0 ke atas Barcelona pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) sekaligus mara ke final dengan penuh bergaya.

Namun pemain Bayern, Arjen Robben berkata, kemenangan ini tidak bermakna sekiranya Bayern gagal meraih trofi pada aksi akhir di Stadium Wembley hujung bulan ini.

"Kami terus berkata selepas perlawanan 'sekarang kita kena menang'.

"Sasaran kami kali ini adalah ingin menjadi juara. Pasukan saya telah bermain cemerlang termasuk hari ini.

"Sekarang kami perlu melengkapkan percaturan terakhir pada 25 Mei ini.

"Kami perlu tenang. Setakat ini kami teruja, namun dalam masa sama akan memperbaiki tahap permainan," jelasnya.

Tambah Robben, pasukannya mara ke final CL sebanyak tiga kali dalam tempoh empat tahun.

"Kali ini kami perlu menang. Ia bakal menjadi kejayaan besar kepada kami. Dortmund telah membuktikan kehebatan mereka," katanya.

Bayern telah dikecewakan pasukan Chelsea dengan sepakan penalti pada aksi aksi tahun lalu, dan turut gagal pada tahun 2010 apabila tewas kepada Inter Milan di pentas akhir.

Namun tahun ini, kekecewaan itu bakal terubat sekiranya mereka mampu menewaskan pasukan Dortmund.

Pada aksi awal pagi Khamis, Robben turut menjaringkan gol pada minit ke-49 sebelum Pique menjaringkan gol sendiri, minit ke-72.

Thomas Mueller menambah satu lagi jaringan buat Bayern (m-76) sekaligus merencatkan peluang Barcelona untuk mengurangkan defisit gol.

Pada aksi pertama sebelum ini, Bayern menewaskan Barca dengan 4-0.

Artikel Lain