suria

Liga Juara-Juara: Mourinho Sedia Dipersalahkan Jika Gagal Ke Final

JURULATIH Real Madrid, Jose Mourinho (gambar) rela dipersalahkan sekiranya pasukannya gagal mengurangkan defisit 4-1 ke atas Borrusia Dortmund menjelang perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (CL) awal pagi Rabu.

Pada aksi pertama minggu lalu, Real tumpas mengejut dengan empat gol dijaringkan oleh Robert Lewandowski.

Jelasnya, dia lebih rela dipersalahkan berbanding menunding jari kepada pemain-pemainnya.

Mourinho dilantik sebagai pengurus Real bagi membantu meraih trofi ke-1o Liga Juara-Juara sejak tiga tahun dahulu, namun masih belum tercapai.

Kali terakhir Real meraih trofi tersebut pada tahun 2002.

"Secara praktikal, dalam bola sepak kejayaan itu adalah milik semua, tetapi kegagalan selalu milik jurulatih.

"Saya tenang, kerana sedar dengan situasi ini. Ramai lagi jurulatih lain yang tidak pernah memegang trofi Liga Juara-Juara.

"Saya sudah melaluinya dua kali, yang mana saya bersyukur dengan itu. Tetapi saya akan cuba berjuang untuk gelaran ketiga," jelas jurulatih dari Portugis ini.

Mourinho sebelum ini pernah memegang kelab Porto dan Inter Milan turut menjawab spekulasi akan meninggalkan Real selepas tamat musim ini walaupun kontraknya sehingga 2016.

Dia dikaitkan akan kembali menguruskan pasukan Chelsea dan menggantikan Carlo Ancelotti di Paris St Germain.

"Jika kamu mahu tahu mengenai kontrak di antara Real Madrid dan Ancelotti, kamu perlu bertanya kepada Madrid, bukan saya," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain