suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GP Emas Malaysia: Chong Wei Tarik Diri

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Isnin mengesahkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, tidak akan menyertai Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia yang bermula di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, Selasa.

Setiausaha BAM Ng Chin Chai berkata Chong Wei menghubungi beliau pagi Isnin untuk memaklumkan penarikan diri daripada kejohanan tersebut ekoran kecederaan ringan di jari tangan kirinya.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat dan bersetuju menerima keputusan Chong Wei untuk tidak beraksi esok," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Chong Wei mengalami kecederaan itu selepas terjatuh ketika beraksi pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka India pada Ahad di mana pemain negara itu menjuarai kejohanan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain