suria

Rooney Pemain Terkaya EPL

Rooney merupakan pemain terkaya dalam Liga Perdana Inggeris.
Rooney merupakan pemain terkaya dalam Liga Perdana Inggeris.
Rooney merupakan pemain terkaya dalam Liga Perdana Inggeris.

PENYERANG Manchester United dan England, Wayne Rooney dinamakan sebagai pemain paling kaya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan nilai kekayaan sebanyak £51 juta (RM240 juta).

Menurut Sunday Times Rooney berada di kedudukan teratas daripada 24 pemain EPL, dan turut tersenarai dalam 100 orang ahli sukan dunia terkaya di Britain dan Ireland .

Kekayaan Rooney meningkat £6 juta (RM29 juta) dari tahun 2012, dan dijangka jumlah kekayaan keseluruhan bernilai £64juta (RM301juta) apabila dikumpul bersama harta isterinya, Coleen.

Rakan sepasukan Rooney, Rio Ferdinand berada di tempat kedua dengan jumlah kekayaan bernilai £42 juta (RM197 juta), manakala penyerang Stoke City, Michael Owen yang bakal bersara musim ini berada di tempat ketiga dengan jumlah £38 juta (RM179 juta).

Kekayaan ini dinilai termasuk pemilikan tanah, aset termasuk hasil seni, kuda (lumba), dan sebagainya.

Bekas kapten England, David Beckham yang kini beraksi dengan Paris St Germain berada di ranking ke-11 ahli sukan dunia dengan nilai kekayaan £165 juta (RM775 juta).

Selain itu, pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods di kedudukan teratas dengan nilai kekayaan £570 juta.

10 Pemain Terkaya EPL:

1. Wayne Rooney (Manchester United) £51 juta

2. Rio Ferdinand (Manchester United) £42 j

3. Michael Owen (Stoke City) £38j

4. Ryan Giggs (Manchester United) £34j

4. Frank Lampard (Chelsea) £34j

6. Steven Gerrard (Liverpool) £33j

7. Fernando Torres (Chelsea) £26j

8. John Terry (Chelsea) £24j

9. Joe Cole (West Ham United) £21j

10. Petr Cech (Chelsea) £20j

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berikut

Artikel Lain