suria

Pardew Risau Tersingkir Selepas Tewas 6-0 Kepada Liverpool

Pardew risau dengan kedudukan pasukannya selepas tewas 6-0 kepada Liverpool, Sabtu.
Pardew risau dengan kedudukan pasukannya selepas tewas 6-0 kepada Liverpool, Sabtu.
Pardew risau dengan kedudukan pasukannya selepas tewas 6-0 kepada Liverpool, Sabtu.

NEWCASTLE terpaksa akur dengan kekalahan terbesar di laman sendiri selepas tahun 1925 setelah tewas 6-0 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris lewat malam Sabtu.

Dua gol dari Daniel Sturridge dan Jordan Henderson, manakala satu gol dari Daniel Aggger serta Fabio Borini cukup untuk meletakkan pasukan kendalian Alan Pardew di kedudukan yang tidak selamat.

Pada tahun lalu, Newcastle menjadi tumpuan selepas berjaya beraksi dalam Liga Juara-Juara, namun cerita berbeza musim ini apabila berada berdekatan dengan dengan posisi penyingkiran.

Newcastle kini berada di kedudukan 16.

"Sudah tentu saya risau. Liverpool bermain dengan baik, pantas dan teratur berbanding kami.

"Selepas tiga gol, saya seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Minggu depan kami perlu lebih berdisiplin," jelas Pardew.

Tambah Pardew, pasukannya perlu menang dalam baki perlawanan di tempat lawan dan satu di laman sendiri (Arsenal) selepas ini.

"Apa yang penting, kami memerlukan pemain-pemain terbaik minggu depan," katanya.

Newcastle bakal bertemu West Ham United (4 Mei), Queens Park Rangers (12Mei), Arsenal (19 Mei)

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A Itali

Artikel Berikut

Artikel Lain