Kod Pemain FA, Terry Bakal Berdepan Dengan Penggantungan - Sukan | mStar

Kod Pemain FA, Terry Bakal Berdepan Dengan Penggantungan

Terry didapati bersalah terhadap Anton (kiri)  dan dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh  FA tahun lalu.
Terry didapati bersalah terhadap Anton (kiri) dan dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh FA tahun lalu.

KAPTEN Chelsea, John Terry bakal berdepan dengan tindakan lebih keras sekirannya dia terus mencuba untuk kembali ke skuad kebangsaan England.

Sumber Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berkata, sekiranya Terry terus mencuba untuk menyertai pasukan England, dia bakal berdepan dengan hukuman berdasarkan kod pemain.

Terry,33, mengambil keputusan bersara daripada aksi antarabangsa selepas FA menjatuhkan hukuman bersalah kerana mengeluarkan perkataan perkauman terhadap pemain pertahanan Queens Park Ranger, Anton Ferdinan yang juga adik kepada pemain Manchester United, Rio Ferdinand ketika aksi Liga Perdana October 2011.

Namun Terry tidak berpuas hati dengan hukuman itu, walaupun dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah.

Dia membuat keputusan bersara daripada skuad kebangsaan, empat hari sebelum FA menjatuhkan hukuman serta penggantungan empat perlawanan.

Pada ketika itu, Terry berkata:"Saya rasa FA cuba menentang saya, walaupun mahkamah telah membuat keputusan tidak bersalah terhadap saya.

"Tindakan itu menyebabkan posisi saya dalam pasukan kebangsaan tergugat."

Bagaimana pun, pada Sabtu, Terry percaya keputusan untuk bersara itu adalah satu kesilapan sekaligus dia berharap untuk kembali menyertai skuad England selepas pengurus England, Roy Hodgson mengumumkan pasukannya kekurangan pemain pertahanan berpengalaman.

Namun Pihak FA sedar dengan niat Terry yang ingin mencatat kap ke-78 dirinya, tetapi sekiranya Hodgson ingin memilih pemain itu, dia (Hodgson) bakal berdepan dengan lembaga Kelab FA England.

FA kini dalam memperketatkan peraturan yang berkaitan dengan isu perkauman dan turut memperkenalkan kod pemain untuk pemain-pemain England, yang mana sekiranya pemain didapati bersalah kerana isu tersebut, mereka akan digantung daripada beraksi untuk England.

Pun begitu, isu Terry itu berlaku sebelum kod ini diperkenalkan, namun pihak FA tetap bersedia sekiranya timbul sebarang persoalan selepas ini bagi mempertahanankan kod ini.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Super

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain