suria

Terbuka Akhir: Chong Wei & Dua Beregu Negara Mara Ke Suku Akhir

NEW DELHI: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan menggalas cabaran negara bersama beregu oo Kien Keat/Tan Boon Heong dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Yong pada suku akhir Kejohanan Yonex Sunrise Terbuka India 2-13 di sini, esok.

Pada saingan pusingan kedua hari ini, Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menewaskan wakil Jepun, Sakai Kazumasa dengan 21-17, 21-9 dalam masa 33 minit.

Chong Wei, selaku pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, akan menentang pemain India, H.S.Prannoy pada suku akhir selepas pemain tuan rumah itu mengejutkan bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia dengan 26-24, 21-9.

Bagaimanapun, hajat wakli negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin untuk mengiringi Chong Wei ke peringkat seterusnya tidak kesampaian apabila tunduk kepada pemain India, B. Sai Praneeth dengan 16-21, 29-27, 21-16.

Beregu emas Kien Keat/Boon Heong menepati ramalan ke suku akhir dengan menyingkirkan beregu tuan rumah Rathee Surender/Vashist Neeraj dalam masa hanya 18 minit dengan keputusan 21-13, 21-8.

Beregu nombor dua dunia itu akan bertemu beregu Korea Selatan Kim Ki Jung/ Kim Sa Rang pada peringkat suku akhir.

Nasib tidak menyebelahi beregu negara Hoon Thien How/Tan Wee Kiong apabila dengan mudah dikalahkan dalam masa 24 minit oleh beregu Indonesia Pratama Angga/Saputra Ryan Agung dengan keputusan 21-12, 21-12.

Dalam acara beregu campuran, gandingan negara Peng Soon/Liu Yong terpaksa berhempas pulas hampir sejam untuk mengatasi pasangan Jepun Hashimato Hirokatsu/Maeda Miyuki dengan 19-21, 21-10, 23-12.

Peng Soon/Liu Yong akan menentang pasangan nombor 10 dunia, Mateusiak Robert/Zieba Nadieza dari Poland pada suku akhir. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain