suria

Owona Boleh Beraksi Menjelang Piala FA Bulan Depan - Marzuki

KUALA TERENGGANU: Penyerang import Terengganu Jean Emmanuel Effa Owona, yang mengalami kecederaan pergelangan tangan kanannya, dijangka dapat beraksi dalam pertandingan separuh akhir Piala FA, Mei ini.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata pemain dari Cameroon itu kini menjalani rawatan tradisional dan dijangka dapat beraksi semula dalam masa sebulan.

Terengganu akan menentang Kelantan pada separuh akhir pertama di Kota Baharu pada 25 Mei ini dan perlawanan timbal balik di sini pada 28 Mei ini.

Owona mengalami patah pergelangan tangan kanan apabila bertembung dengan penjaga gol Felda United, Helmi Eliza Elias pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Nasiruddin Shah di sini, Sabtu lepas.

Sebelum ini, Owona menerima rawatan di Hospital Pakar Kuala Terengganu di sini dan dinasihatkan supaya berehat selama tiga bulan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain