suria

Jazeman Positif Bagi Saingan Di Sepanyol Minggu Ini

Jazeman bakal beraksi di Litar Motorland Aragon, Alcaniz hujung minggu ini.
Jazeman bakal beraksi di Litar Motorland Aragon, Alcaniz hujung minggu ini.
Jazeman bakal beraksi di Litar Motorland Aragon, Alcaniz hujung minggu ini.

PEMANDU Malaysia, Jazeman Jaafar, bakal berangkat ke Sepanyol minggu ini untuk menghadapi satu lagi pusingan kompetitif Siri Formula Renault 3.5 (FR3.5) yang akan diadakan di Litar Motorland Aragon, Alcaniz.

Pemandu Program Bakat PETRONAS itu, kini berada di tempat kesepuluh dalam kedudukan pemandu Kejohanan FR3.5, selepas dua perlumbaan pertama dan kini berusaha untuk menambah mata kejuaraan dan memperbaiki kedudukannya.

"Saya akan ke Aragon dengan keyakinan tinggi untuk permulaan yang lebih baik dalam kempen Formula Renault 3.5 saya di Monza awal bulan ini.

"Walaupun saya tidak pernah berlumba di litar itu, saya telah mengujinya musim ini, jadi saya semakin biasa.

"Kami akan mengadakan sesi latihan tambahan pada hari Khamis, sebagai gantian untuk ujian sehari yang terpaksa dibatalkan ekoran salji, jadi saya akan mengambil kesempatan itu membiasakan diri untuk memulakan perlumbaan pada hari Sabtu.

"Saya berharap untuk terus konsisten dan memberi saingan dari Monza dan bekerja dengan pasukan berpengalaman Carlin bagi menghasilkan keputusan yang kami sasarkan," katanya.

Pemandu 20 tahun itu menambah, "Sebagai perlumbaan pertama kalinya di Aragon, ia juga pengalaman pertama saya berhadapan situasi membuat hentian (pitstops) yang diwajibkan, tetapi kami telah berlatih untuk melakukannnya, jadi saya rasa agak positif dan teruja untuk cabaran tambahan ini.

"Segala kemungkinan tentang perlumbaan pertama di Monza telah saya jangkakan.

"Ia adalah perlumbaan amat kompetitif dengan jarak keseluruhan perlumbaan, yang memerlukan tahap tumpuan sangat tinggi dan fokus untuk tempoh lebih lama daripada yang pernah saya alami, kerana perlumbaan ini lebih panjang daripada siri sebelumnya."

Perlumbaan pertama hujung minggu itu akan berlangsung pada hari Sabtu jam 2.30 petang waktu tempatan dan perlumbaan kedua akan diadakan pada Ahad pada waktu yang sama.

Kedua-dua perlumbaan akan mengambil masa 45 minit dan menariknya perlumbaan hari Ahad akan menampilkan aksi hentian (pitstop) untuk menukar tayar yang diwajibkan.

Peminat di Malaysia boleh menonton perlumbaan secara langsung menerusi Eurosport.

Artikel Sebelum

Artikel Lain