suria

FAM Pinda Beberapa Perlawanan Liga Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meminda tarikh perlawanan yang ditetapkan pada 4, 5 dan 6 Mei bagimemudahkan pegawai dan pemain mengundi, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau berkata, empat perlawanan Liga Super yang dijadual berlangsung pada 4 Mei akan dipinda kepada 22 Mei di venue yang telah ditetapkan.

Perlawanan tersebut melibatkan Lions XII menentang Selangor PKNS, Selangor menentang Terengganu, Negeri Sembilan menentang Pahang dan Johor Darul Takzim menentang Kelantan.

Azzuddin berkata lima perlawanan Liga FAM yang dijadual berlangsung pada 5 Mei dipinda kepada 8 Mei.

Perlawanan melibatkan ATM Tentera Darat menentang YBU, Melaka menentang Cebagoo, PBAPP menentang Tumpat FA, Kuantan FA menentang Pulau Pinang dan PB Melayu Kedah menentang PHG Kuantan Port.

Sementara itu enam perlawanan Liga Premier yang dijadual pada 6 Mei akan dipinda pada 21 Mei.

Ia melibatkan Johor menentang Kedah, PDRM menentang UiTM, KL SPA menentang Sime Darby, Perlis menentang NS Betaria, Sabah menentang Kuala Lumpur dan Pos Malaysia menentang Sarawak.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain