suria

Liverpool Selar Tindakan Suarez Gigit Ivanovic

Liverpool kecewa dengan tindakan Suarez menggigit Ivanovic pada aksi bertemu Chelsea, Ahad.
Liverpool kecewa dengan tindakan Suarez menggigit Ivanovic pada aksi bertemu Chelsea, Ahad.
Liverpool kecewa dengan tindakan Suarez menggigit Ivanovic pada aksi bertemu Chelsea, Ahad.

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez meminta maaf kepada pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic kerana menggigitnya ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad malam.

Manakala kelabnya sendiri mengutuk tindakan yang dilakukan Suarez itu.

"Saya memohon maaf sepenuh hati di atas kelakuan yang tidak boleh dimaafkan ketika perlawanan bertemu Chelsea.

"Saya minta maaf dan telah cuba menghubungi Branislav Ivanovic untuk bercakap dengannya secara peribadi.

"Saya juga memohon maaf kepada pengurus, rakan sepasukan dan semua orang di kelab Liverpool kerana telah mengecewakan mereka," jelas pemain antarabangsa Uruguay ini di laman web kelab.

Suarez juga turut meminta maaf menerusi laman Twitternya.

Insiden itu berlaku ketika aksi separuh masa kedua di mana kedua-dua pemain itu bergelut dalam kawasan kotak penalti pasukan Chelsea.

"Luis telah melakukan satu perkara yang tidak boleh dimaafkan.

"Sikapnya itu tidak sepatutnya terjadi ketika memakai jersi Liverpool dan Luis tahu tindakannya itu boleh memberi kesan kepada dirinya serta yang berkaitan dengan kelab.

"Kami akan berbincang perkara ini secara mendalam dan menunggu apa-apa keputusan daripada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA)," jelas Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre.

Selain itu, pengurus pasukan, Brendan Rodgers menambah:"Saya telah menonton video dan bercakap dengan Luis, perangainya tidak boleh diterima dan saya perlu memberi amaran kepadanya."

Artikel Berikut

Artikel Lain