suria

Suarez Gigit Ivanovic Sebelum Jaring Gol

Ivanovic menunjukkan bagaimana Suarez menggigitnya kepada pengadil perlawanan,Kevin Friend (kiri).
Ivanovic menunjukkan bagaimana Suarez menggigitnya kepada pengadil perlawanan,Kevin Friend (kiri).
Ivanovic menunjukkan bagaimana Suarez menggigitnya kepada pengadil perlawanan,Kevin Friend (kiri).

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez tidak lekang dengan kontroversi apabila dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad malam, dia telah menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Biarpun Suarez berjaya menyamakan menjaringkan gol seri 2-2 pada masa tambahan perlawanan tersebut, tindakannya terhadap Ivanovic itu amat memalukan.

Ketika berdepan dengan Ivanovic dia dalam kawasan gol, Suarez telah menarik lengan dan menggigit pemain The Blues itu.

Namun tiada tindakan yang diambil pengadil perlawanan.

Tindakan menggigit pemain lawan ini bukanlah kali pertama yang dilakukan Suarez.

Pada tahun 2010, Suarez digantung tujuh perlawanan keranan menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan hanya meraih seri 2-2 biarpun Chelsea mendahului keputusan 2-1.

The Blues membuka jaringan awal melalui Oscar pada minit ke-26, manakala Hazard menambah satu gol lagi menerusi sepakan penalti pada minit ke-57.

Bekas pemain Chelsea, Daniel Sturridge mnenjaringkan gol untuk The Reds pada minit ke-52 sebelum Suarez menjaringkan gol penting pasukannya.

Artikel Berikut

ARRC: Azlan Kejar Podium

Artikel Lain