Spurs Bangkit Ledak Tiga Gol Saat Akhir - Sukan | mStar

Spurs Bangkit Ledak Tiga Gol Saat Akhir

Gareth Bale (kanan) diasak pemain Manchester City, Vincent Kompany (kiri).
Gareth Bale (kanan) diasak pemain Manchester City, Vincent Kompany (kiri).

LONDON: Tottenham Hotspur menjaringkan tiga gol pada lewat perlawanan untuk mengejutkan juara bertahan, Manchester City pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus memberi peluang kepada Manchester United semakin hampir dengan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain Arsenal, Samir Nasri meletakkan City di depan seawal minit kelima di White Hart Lane.

Namun, Clint Dempsey menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 15 sebelum pemain gantian, Jermain Defoe dan Gareth Bale menambah gol untuk menyempurnakan kebangkitan Spurs.

Selain mengukuhkan harapan Spurs untuk layak ke aksi Liga Juara-juara, keputusan itu juga bermakna United akan menjulang gelaran liga buat kali ke-20 jika mereka menang di tempat sendiri ke atas Aston Villa pada Isnin.

Senarai Pemain:

Tottenham: Lloris, Walker, Dawson, Vertonghen, Assou-Ekotto; Dembele, Parker, Dempsey, Bale, Sigurdsson, Adebayor. Pemain gantian: Friedel, Caulker, Naughton, Holtby, Huddlestone, Livermore, Defoe.)

Man City: Hart, Zabaleta, Kompany, Nastasic, Clichy, Yaya Toure, Barry, Milner, Tevez, Nasri, Dzeko. Pemain gantian: Pantilimon, K Toure, Kolarov, Lescott, Garcia, Sinclair, Aguero

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Suarez Gigit Ivanovic Sebelum Jaring Gol

Artikel Berkaitan

default image

Kami Belum Berpuas Hati - Ferguson

default image

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain