suria

Pasukan Liverpool Legends Pertahan Trofi Piala Malaysia EPL

Pasukan Liverpool Legends berjaya mempertahankan trofi juara pada aksi Piala Malaysia EPL Standard Chartered 2013. Foto: SHARUL FAZRY ISMAIL/The Star.
Pasukan Liverpool Legends berjaya mempertahankan trofi juara pada aksi Piala Malaysia EPL Standard Chartered 2013. Foto: SHARUL FAZRY ISMAIL/The Star.
Pasukan Liverpool Legends berjaya mempertahankan trofi juara pada aksi Piala Malaysia EPL Standard Chartered 2013. Foto: SHARUL FAZRY ISMAIL/The Star.

KUALA LUMPUR: Pasukan Liverpool Legends berjaya mempertahankan trofi Kejohanan Piala Malaysia EPL Standard Chartered 2013 selepas menewaskan pasukan EPL All Stars 5-4 pada aksi akhir perlawanan di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.

Selepas kedua- dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada babak pertama permainan, bekas pemain Chelsea, yang beraksi bagi pasukan EPL All Stars, Tore Andre Flo berjaya meraih jaringan pertama sebelum Dietmar Hamman menyamakan kedudukan.

Beraksi atas tiket juara bertahan, pasukan Liverpool mempamerkan aksi mantap dengan tiga jaringan oleh Robbie Fowler sebelum Hamman menambah jaringan terakhir pasukannya.

Namun skuad EPL All Stars tidak berputus asa untuk merapatkan jaringan apabila Dennis Wise, Michael Bridges dan Frank Leboeuf menjaringkan gol keempat pasukannya.

Pemain veteran Liverpool Legends, Fowler dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan selepas mengumpul 10 gol dalam empat perlawanan.

Pada edisi keempat tahun lalu, Liverpool turut menewaskan pasukan Manchester United Legends menerusi sepakan penalti, 5-4.

Sementara itu, pasukan Pilihan Malaysia sekadar di tempat ketiga apa dengan hanya menang satu perlawanan bertemu Manchester United Legends.

Kapten pasukan, Zainal Abidin Hassan berkata, skuadnya agak berpuas hati walaupun tewas dua perlawanan dengan Liverpool dan EPL All Stars Legends.

"Bukan mudah untuk menewaskan mereka, tetapi kami tetap mempelajari sesuatu daripada kejohanan ini.

"Tidak dinafikan prestasi pasukan kita semakin tahun ada peningkatan.

"Cuma saya harap pada aksi tahun depan kami memerlukan lebih masa untuk melakukan persiapan.

"Bagi saya, kejohanan ini bukan sekadar perlawanan pertunjukkan, tetapi menganggap ia satu permainan yang serius," jelasnya kepada mStar Online.

Senarai pemain:

Malaysia: Azlisham Ibrahim, Lim ChuanYew, Shamsul Abu Bakar, Shah ril Arsat, K. Sanbagamaran, Ahmad Shahrul Azhar, Zami Mohd Nor, Sharin Majid , Zainal Abidin Hassan

EPL All Stars: Sasa Ilic, Stephen Henchoz, Phil Babb, Michael Thomas, Frank Leboeuf, Dennis Wise, Tore Andre Flo, Michael Mols, Michael Bridges

Livepool Legends: Jerzy Dudek, Bjorn Kvarme, Mark Wright, Steve Harkness, Rob Jones,Dietmar Hamann, Jason McAteer, Steve McManaman, Robbie Fowler

Manchester United Legends: Carl Muggleton, Lee Martin, David May, Viv Anderson, Ronny Johnsen, Clayton Blackmore, Lee Sharpe, David Johnson, Andrew Cole

Keputusan penuh perlawanan:

Malaysia 2-1 Man United

EPL All Stars 3-5 Liverpool

Man United 1-3 EPL All Stars

Malaysia 2-5Liverpool

Malaysia2-7 EPL All Stars

Liverpool 4-2 Man United

Final:

Liverpool 5-4 EPL All Stars

Artikel Berikut

ARRC: Azlan Kejar Podium

Artikel Lain