suria

Mancini Menyerah Kalah, Serah Takhta Liga Kepada United

Mancini angkat 'bendera putih' kepada United musim ini.
Mancini angkat 'bendera putih' kepada United musim ini.
Mancini angkat 'bendera putih' kepada United musim ini.

ROBERTO MANCINI pada Isnin mengaku kalah kepada Manchester United dan menyerahkan takhta Liga Perdana Inggeris kepada Sir Alex Ferguson selepas pasukannya tewas kepada Tottenham Hotspurs 1-3.

Manchester City mendahului 1-0 pada separuh masa pertama sebelum Spurs bangkit dan meledakkan 3 gol dalam masa 15 minit sahaja lagi untuk masa rasmi permainan berakhir, sekaligus memusnahkan sebarang harapan City untuk terus mengejar United yang sedang mendahului mereka dengan 13 mata.

Dengan baki lima perlawanan sahaja lagi yang tinggal, United hanya perlu menang malam ini menentang Aston Villa di Old Trafford untuk dinobatkan sebagai juara liga untuk kali yang ke-20 - satu rekod dalam sejarah liga negara itu.

"Amat jelas sepanjang musim ini, United memilik sikap yang lebih terurus kerana mereka kehilangan kejuaraan hanya dengan perbezaan jaringan gol sahaja dengan kami," ujar Mancini.

Sementara Mancini mengakui United layak bergelar juara musim ini tetapi beliau berpendapat pasukan itu bukanlah pasukan terbaik liga. Mereka katanya hanya bermain secara konsisten sepanjang musim dan memenangi banyak perlawanan berturut-turut berbanding City.

"Jarak 13 mata yang memisahkan kami sebenarnya bukanlah melambangkan satu realiti untuk musim ini tetapi apa yang membezakan antara kami dan United ialah sikap mereka yang mahu merampas kembali kejuaraan liga selepas menyerahkannya kepada kami musim lalu," katanya lagi.

City pada mulanya seperti masih mampu menangguhkan hasrat United untuk meraikan kejuaraan jauh lebih awal apabila Samir Nasri menjaringkan gol pada minit ke lima.

Pemain-pemain Mancini bermain seperti sudah berada dalam zon selesa sehinggalah 15 minit sebelum masa permainan tamat apabila Clint Dempsey, Jermain Defoe dan Gareth Bale meledakkan tiga gol berturut-turut untuk memusnahkan harapan dan impian City mempertahankan kejuaraan untuk kali yang kedua.

Artikel Berikut

ARRC: Azlan Kejar Podium

Artikel Lain