suria

SIC Lebarkan Sayap Penyertaan Antarabangsa Ke Kejohanan CEV Buckler Sepanyol

Amirul Hafiq Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik, (kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas sidang media memperkenalkan mereka pada Jumaat. Foto: BERNAMA
Amirul Hafiq Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik, (kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas sidang media memperkenalkan mereka pada Jumaat. Foto: BERNAMA
Amirul Hafiq Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik, (kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas sidang media memperkenalkan mereka pada Jumaat. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Promoter sukan bermotor Malaysia Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) akan meluaskan penyertaannya dalam perlumbaan peringkat antarabangsa dengan menyertai Kejohanan CEV Buckler Sepanyol.

"Kami (SIC) berjaya menjadikan Muhammad Zulfahmi Khairuddin penunggang bertaraf dunia dan kini akan meluaskan lagi program pembangunan kami yang melibatkan dua penunggang muda.

"Kami amat gembira kerana rancangan kami untuk membuka laluan baharu bagi membolehkan penunggang Malaysia menyertai arena antrabangsa, sudah membuahkan hasil.

"Saya harap penerokaan baharu ini akan merangsang lebih ramai penunggang muda Malaysia menjadikan bidang perlumbaan motosikal sebagai kerjaya profesional mereka dan bercita-cita untuk menjadi juara dunia," kata ketua pegawai eksekutif SIC Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata SIC akan menjalin koloborasi dengan pasukan yang menjadi juara dunia tiga kali Ajo Motorsports untuk menjayakan program itu.

SIC akan menampilkan dua penunggang remaja - bekas penunggang Red Bull Rookie Amirul Hafiq Azmi, 16, dan Husni Aizat Abdul Malik, 19, lepasan Siri Piala SIC Ninja 250.

"Dua penunggang ini akan menyertai pelumbaan kelas Moto3 di Kejohanan CEV Buckler Sepanyol.

"Kedua-dua mereka akan berlumba dalam tujuh pusingan kejohanan itu dan tugas pertama mereka di bawah panji-panji Touchline SIC Ajo Racing Team ialah berlumba di Litar Catalunya pada 28 April," kata Ahmad Razlan.

Ahmad Razlan berkata, melalui kolaborasi tiga tahun dengan Ajo Motorsports, beliau berharap kedua-dua penunggang itu, terutama Amirul Hafiq, akan mencapai antara lima tempat teratas.

"Amirul Hafiq berpengalaman berlumba di Europah, tetapi bagi (Husni) Aizat, ini merupakan pengalaman pertamanya berlumba di luar negara.

"Sekiranya dia (Husni Aizat) meraih keputusan baik sepanjang kejohanan tujuh pusingan itu, kami (SIC) boleh memberi kepadanya tiket 'wildcard' untuk menyertai Grand Prix Morosikal Malaysia tahun ini (pada Oktober)," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Husni Aizat, yang kelihatan terkedu pada mulanya kerana terkejut diberi peluang itu oleh SIC, berkata dia akan berusaha sedaya upaya untuk meraih kemegahan untuk SIV dan negara.

"Saya belum pernah menyertai perlumbaan antarabangsa dan ini merupakan peluang keemasan bagi saya untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dalam perlumbaan motosikal dan pada waktu sama, cuba melakukan yang terbaik dalam setiap pertandingan," kata Husni Aizat, yang pertama kali menyertai perlumbaan pada 2004.

Amirul Hafiq pula berkata: "Kini, saya berada di laluan yang betul untuk terus meningkatkan kemahiran berlumba. Pendedahan ini akan memberi peluang kepada saya untuk mengumpul lebih banyak pelajaran dan pengalaman.

"Pada awal tahun ini, saya menyertai Muhammad Zulfahmi di Sepanyol ketika dia menjalani latihan dengan pasukan baharunya, itulah kali pertama saya menunggang motosikal Moto3." Kedua-dua penunggang berkenaan akan berlepas ke Sepanyol Ahad ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain