suria

Rooney Tetap Bersama United Musim Depan - Ferguson

Wayne Rooney
Wayne Rooney
Wayne Rooney

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menafikan spekulasi mengenai penyerangnya, Wayne Rooney akan berpindah ke Paris St Germain musim panas ini.

Ferguson menegaskan pemain berusia 27 tahun itu akan kekal bersama United musim depan dan keputusan itu tidak akan berubah.

"Saya tidak fikir ada apa-apa perkara lain," jelas Ferguson.

Sementara itu, Rooney dijangka akan bersama skuad bertemu Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Isnin ini.

"Terdapat ramai yang mengalami sedikit lebam pada aksi bertemu West Ham Rabu lalu. Nemanja Vidic turut mempunyai lebam di mukanya.

"Bagaimana pun saya gembira kerana berjaya keluar daripada 'zon peperangan' tanpa sebarang kecederaan serius," jelasnya.

United sekadar mengikat seri 2-2 pada perlawanan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain