Alonso menjuarai perlumbaan pusingan ketiga Formula Satu di Shanghai pada Ahad.PELUMBA Ferrari, Fernando Alonso mempamerkan aksi menakjubkan untuk menawan Litar Antarabangsa Shanghai sekaligus meraih gelaran juara pertama bagi pasukan itu musim ini dalam perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix China, Ahad.Pelumba Sepanyol itu mengekalkan kedudukan pertama, meninggalkan pelumba Lotus, Kimi Raikkonen di tempat kedua dengan catatan masa 1:36:26.946, manakala pelumba Mercedes, Lewis Hamilton turut meraih podium di tempat ketiga. Strategi Ferrari menggunakan tayar lembut di litar ini menjadi berbanding sebahagian pasukan lain yang menggunakan tayar medium.Pun begitu Alonso yang menamatkan perlumbaan 10 saat di depan Raikkonen mengakui masih terlalu awal untuk meletakkan harapan tinggi."Saya rasa ia terlalu awal untuk bercakap mengenai gelaran keseluruhan. Kami perlu tunggu sedikit masa lagi."Saya harap kami akan berada dalam kelompok terbaik selepas musim panas nanti dan juga berharap Massa turut bersama -sama dalam kelompok ini."Selain itu saya juga yakin pasukan Lotus, Red Bull dan Mercedes berada sebaris dengan kami."Setakat ini saya tidak nampak mana-mana pasukan yang ada kelebihan. Atau mungkin Red Bull yang agak menonjol di Australia dan juga di Malaysia baru-baru ini," jelasnya.Alonso juga turut menaruh harapan untuk aksi pusingan keempat di Bahrain minggu depan."Sudah tentu ia satu jangka masa yang lama selepas lapan tahun meraih juara di sana, dan bagi saya sekarang adalah masa yang sesuai."Pasukan telah melakukan tugas yang sempurna terhadap jentera."Kami perlu meneruskan aksi baik ini dan harap di Bahrain kami akan naik podium sekali lagi," katanya.Sementara itu, juara dunia Sebastian Vettel (Red Bull) hanya berada di tempat keempat selepas menawan Litar Sepang tiga minggu lalu.Pelumba McLaren, Jensen Button berada di kedudukan kelima, mendahului rakan sepasukan Alonso iaitu Felipe Massa.Rakan sepasukan Vettel hanya berada di kedudukan ke-20 selepas perlanggaran dengan pelumba Toro Rosso, Jean-Eric Vergne.SENARAI PENUH PEMENANG GP CHINA: 1.Fernando Alonso - Ferrari 1:36:26.9452.Kimi Raikkonen - Lotus +10.1683.Lewis Hamilton - Mercedes +12.3224.Sebastian Vettel - Red Bull +12.5255.Jenson Button - McLaren +35.2586.Felipe Massa - Ferrari +40.8277.Daniel Ricciardo - Toro Rosso +42.6918.Paul di Resta - Force India +51.0849.Romain Grosjean - Lotus +53.42310.Nico Hulkenberg - Sauber +56.69811.Sergio Perez - McLaren12.Jean-Eric Vergne - Toro Rosso13.Valtteri Bottas - Williams14.Pastor Maldonado - Williams15.Jules Bianchi - Marussia16.Charles Pic - Caterham17.Max Chilton - Marussia18.Giedo van der Garde - Caterham19.Nico Rosberg - Mercedes20.Mark Webber - Red Bull21.Adrian Sutil - Force India22.Esteban Gutierrez - Sauber