suria

Liga Europa: Chelsea Bertemu FC Basel Pada Aksi Separuh Akhir

Keputusan undian separuh akhir Liga Europa.
Keputusan undian separuh akhir Liga Europa.
Keputusan undian separuh akhir Liga Europa.

PASUKAN Chelsea bakal bertemu kelab dari Switzerland, FC Basel dalam pertemuan separuh akhir Liga Europa.

Biarpun tewas 3-2 pada aksi kedua suku akhir bertemu Rubin Kazan, skuad kendalian Rafael Benitez itu berjaya meraih tiket ke separuh akhir secara agregat 5-4.

Sementara Basel pula menewaskan Tottenham Hotspur secara penalti selepas kedudukan terikat 2-2, sebelum keputusan agregat 4-4.

Dalam pada itu, pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menafikan trofi Liga Europa adalah kelas kedua berbanding dengan Liga Juara-Juara.

"Kelab kami perlu menang trofi perak ini yang mana menyaksikan kelab ini kerap menjulang trofi tersebut sebelum ini.

"Apabila kamu sudah biasa meraihnya, ia membuatkan kamu seperti 'lapar' untuk terus mendapatkannya.

"Kami tidak pandang rendah liga ini dan saya juga yakin pihak kelab, pemain dan pengurusan ada perasaan itu.

"Ketika saat kamu terkeluar dalam aksi Liga Juara-Juara, ia amat mengecewakan, tetapi dalam masa yang sama ketika mula bermain, kamu perlu menetapkan sasaran untuk pergi sejauh mungkin. Dan itulah yang kami lakukan," jelas Lampard.

Selain itu, satu lagi aksi separuh akhir nanti bakal menyaksikan pasukan Fenerbahce akan bertemu Benfica.

Kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada 24 Mei dan 2 Mei ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain