Mohd Saufi Ketuai Cabaran TSG Pada Jelajah Le Tour De Filipina - Sukan | mStar

Mohd Saufi Ketuai Cabaran TSG Pada Jelajah Le Tour De Filipina

KUALA TERENGGANU: Pelumba kebangsaan Mohd Saufi Mat Senan akan mengetuai cabaran pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) pada perlumbaan Jelajah Le Tour de Filipina, yang bermula Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Nik Mohd Shahrom Nik Mohd Hashim berkata pasukan itu telah menyenaraikan lima pelumba bagi menggalas cabaran pasukan pada perlumbaan empat hari itu.

Selain Mohd Saufi, empat pelumba lain terdiri daripada Mohd Shahrul Mat Amin, Nur Umirull Fakharuddin Marzuki, Mohd Saiful Anuar Aziz danbekas pelumba kebangsaan, Mohd Zulhilmi Hafiz Ahmad Zamri.

Nik Mohd Shahrom berkata skuad tersebut, yang dibimbing jurulatih kelahiran Itali, Sebastian Duclos, berlepas ke negara itu hari ini.

Beliau berkata pelumba utama TSG lain seperti Harrin Salleh dan Zamri Salleh direhatkan daripada jelajah tersebut kerana TSG mempunyai perancangan untuk persediaan menghadapi beberapa kejohanan lain tahun ini.- BERNAMA

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain