suria

Liga Juara-Juara: Real Madrid Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Secara Agregat

Drogba turut menjaringkan gol pada aksi menentang Real Madrid, Rabu.
Drogba turut menjaringkan gol pada aksi menentang Real Madrid, Rabu.
Drogba turut menjaringkan gol pada aksi menentang Real Madrid, Rabu.

AYAM tambatan Real Madrid, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan dua gol pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara (CL) yang menyaksikan pasukannya tewas 3-2 kepada Galatasaray awal pagi Rabu.

Pun begitu, pasukan kendalian Jose Mourinho itu berjaya mara ke pusingan separuh akhir CL secara agregat, 5-3.

Ronaldo menjaringkan dua gol pada minit ke-8 dan masa tambahan, manakala tiga jaringan pasukan tuan rumah dilakukan oleh Eboue (m-57), Sneijder (70) dan Didier Drogba m-72.

Dalam pada itu, Mourinho turut memuji sokongan yang telah ditunjukan oleh penyokong-penyokong tuan rumah.

"Kami sering mahu bermain dalam suasana seperti ini di stadium di sini.

"Saya tidak fikir pemain kami terjejas tapi pemain kelab Turki ini memang bermain dengan baik.

"Mereka menggunkan peluang ini pada babak kedua dan beraksi dengan cemerlang.

"Walaupun mereka tersingkir tapi jika semua kelab bermain seperti ini, mereka akan lebih bersemangat dan bangga bermain," katanya.

Artikel Lain