suria

Liga Juara-Juara: Dortmund Mara Ke Separuh Akhir Selepas 15 Tahun

Pemain-pemain Dortmund meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menewaskan Malaga pada aksi suku akhir awal pagi Rabu.

PASUKAN Borussia Dortmund megikut jejak langkah Real Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) selepas meraih dua gol pada minit akhir perlawanan untuk menumpaskan Malaga 3-2 pada aksi suku akhir kedua, awal pagi Rabu.

Kemenangan ini sekaligus mencatat rekod mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Ketika ketinggalan 2-1 sebaik masa tambahan tiga minit diberikan, Dortmund menyamakan kedudukan menerusi Marco Reus ketika ketinggalan 2-1.

Namun jaringan Felipe Santana menjaringkan gol penting walaupun ketika itu dia seperti ofsaid.

Jurulatih Dortmund, Juergen Klopp mengakui terkejut dengan kemenangan ini.

"Saya fikir saya perlu berjumpa doktor. Saya rasa seperti kami sudah menang trofi.

"Pembantu saya dan saya saling berbalas pandangan dalam keadaan terkejut di dalam bilik persalinan dan berkata ini adalah sesuatu yang gila.

Ini adalah perasaan paling gembira pernah saya rasai," jelasnya.

Artikel Lain