suria

Liga Super: Abdul Rahman Mahu Kutip Mata Penuh Aksi Bertemu Perak

Salah satu aksi pemain PKNS FC, Patrick Ronaldinho ketika diasak pemain Negeri Sembilan Abd Ghani semasa perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA: Menjelang perlawanan pusingan kedua Liga Super yang akan bermula Jumaat ini, ketua jurulatih pasukan PKNS FC, Abdul Rahman Ibrahim menyasarkan untuk mencatat mata keseluruhan lebih daripada yang dikutip dalam aksi pertama sebelum ini.

Pasukan PKNS mengutip mata 14 mata keseluruhan daripada 11 perlawanan, sekaligus meletakkan pasukan itu di tangga ke-6 liga.

"Saya mengharapkan mata penuh pada pertemuan pertama pusingan kedua bertemu Perak Jumaat ini bagi memastikan sasaran untuk aksi kedua ini berjalan lancar.

"Ia mata penting bagi memberi semangat untuk kami mengumpul lebih daripada 14 mata seperti yang dilakukan pada saingan pertama sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Abdul Rahman berkata, selepas aksi pusingan pertama berlalu, skuadnya juga telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada dan bersedia untuk memperbaikinya.

"Aksi kedua nanti akan bermain di luar gelanggang dan kami kini sedang melakukan persiapan yang lebih rapi.

"Malah saya juga turut menilai kembali beberapa kelemahan dalam pasukan serta berharap semua pemain melakukan yang lebih baik selepas ini.

"Buat masa sekarang pemain-pemain berada dalam keadaan yang memuaskan tanpa sebarang kecederaan serius," tambahnya.

PKNS FC akan bertandang ke Stadium TLDM, Lumut bagi pertemuan dengan Perak.

Artikel Berikut

Artikel Lain