suria

Torres Perlu Banyak Jaringkan Gol - Benitez

Benitez (kanan) yakin Torres akan terus menjaringkan gol buat Chelsea.
Benitez (kanan) yakin Torres akan terus menjaringkan gol buat Chelsea.
Benitez (kanan) yakin Torres akan terus menjaringkan gol buat Chelsea.

PENGURUS sementara Chelsea, Rafael Benitez gembira penyerangnya Fernando Torres berjaya menjaringkan gol pada aksi suku akhir pertama Liga Europa dan mengakui pemain itu perlu melakukan jaringan dengan lebih kerap.

Hampir dua tahun berada di Stamford Bridge, pemain kebangsaan Sepanyol itu dilihat jarang menonjol dan hanya berjaya mencatat dua gol sahaja musim ini.

"Saya gembira dengan persembahan Torres tetapi bukan seratus peratus teruja kerana kami gagal menambah jaringan ketika menguasai perlawanan tersebut.

"Ia agak memalukan tetapi kami tetap tenang dan cuba menjarakkan jaringan gol.

"Sumbangan gol yang dilakukan oleh Torres bukan sahaja untuk dirinya malah penting kepada pasukan.

"Kami selalu berbincang bagaimana seorang penyerang perlu melakukan jaringan dengan penuh yakin dan ia telah dilakukan Torres.

"Sejak dari awal lagi, saya tidak berbelah bagi tentang komitmennya, tetapi kamu perlu lihat tahap keyakinannya semakin bertambah selepas dia berjaya menjaringkan gol," jelas Benitez.

Walaupun gembira dengan kemenangan ini, Benitez tetap mengakui bahawa penyerang di Stamford Bridge perlu menjaringkan gol.

"Saya rasa Torres perlu sentiasa menjaringkan gol kerana setiap kali saya bertemu media, soalan sama yang akan diajukan.

"Saya yakin dia akan bermain dengan lebih baik dan melakukan jaringkan sehingga tamat musim ini," tambahnya.

Artikel Lain