suria

Liga Europa: Torres Bantu Chelsea Tewaskan Rubin

Torres menjaringkan dua gol pada aksi bertemu Rubin awal pagi Jumaat.
Torres menjaringkan dua gol pada aksi bertemu Rubin awal pagi Jumaat.
Torres menjaringkan dua gol pada aksi bertemu Rubin awal pagi Jumaat.

PENYERANG Chelsea, Fernando Torres berjaya membantu mengikat pasukan Rubin Kazan 3-1 pada aksi saingan suku akhir pertama Liga Europa pada di Stamford Bridge awal pagi Jumaat.

Torres yang terpaksa memaki topeng di mukanya gara-gara mengalami patah hidung sebelum ini berjaya membuka jaringan pada minit ke-16 permainan.

The Blues menambah gol kedua melalui penyerang kelahiran Nigeria, Victor Moses pada minit ke-33.

Namun Rubin berjaya merapatkan jurang pada minit ke-41 selepas dihadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan John Terry.

Babak kedua menyaksikan Torres sekali lagi menjadi tumpuan selepas melakukan tandukan sekaligus menjadikan gol kedua buatnya pada perlawanan tersebut pada minit ke-70.

Kedudukan terikat 3-1 sehingga tamat perlawanan.

SENARAI PEMAIN

Chelsea: Cech, Azpilicueta, Luiz, Terry, Bertrand, Ramires, Lampard, Moses, Mata, Benayoun, Torres; (Pemain simpanan): Turnbull, Ivanovic, Ferreira, Oscar, Mikel, Hazard, Marin

Rubin: Ryzhikov, Navas, Kuzmin, Kaleshin, Ansaldi, Orbaiz, Sharonov, Eremenko, Natcho, Karedeniz, Dyadyun; (Pemain simpanan): Arlauskis, Marcano, Ryazantsev, Kislyak, Tore, Rondon

Artikel Lain