suria

Terengganu Turun Kesebelasan Utama Hadapi Negeri Sembilan

KUALA TERENGGANU: Terengganu yakin akan melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA apabila bertemu Negeri Sembilan pada 16 April ini.

Jurulatihnya, E.Elavarasan berkata, keyakinan itu berdasarkan prestasi pasukan Penyu dalam Liga Super.

"Saya yakin kita mampu menjinakkan pasukan Rusa dalam perlawanan suku akhir dan seterusnya kita akan berjaya melangkah ke peringkat seterusnya," katanya kepada Bernama.

Terengganu akan bertandang ke Paroi pada 6 April sebelum bermain di tempat sendiri dalam perlawanan timbal balik pada 16 April.

Menurut Elavarasan, beliau akan akan menurunkan kesebelasan utama ketika menentang Negeri Sembilan ekoran beberapa pemain dihimpit kecederaan atau digantung permainan sebelum ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain