Rajagobal Tersenarai Penerima Anugerah Jurulatih Terbaik AFF - Sukan | mStar

Rajagobal Tersenarai Penerima Anugerah Jurulatih Terbaik AFF

KUANTAN: Pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal merupakan antara calon yang tersenarai untuk menerima anugerah Jurulatih Terbaik Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang akan diadakan buat julung kali di sini esok.

Beliau merupakan antara empat jurulatih yang disaring ke peringkat akhir bersama jurulatih Singapura, Radojko Avramovic, Winfried Anton Schafer (Thailand) dan Hans Micheal Weiss (Filipina).

Menurut kenyataan pihak penganjur, anugerah lain yang akan diberikan ialah Pengadil Terbaik (Lelaki & Wanita), Persatuan Terbaik, Pemain Terbaik (Lelaki & Wanita), Pasukan Terbaik, Jurulatih Terbaik (Lelaki & Wanita), Pasukan Futsal Terbaik.

Anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat, Anugerah Sumbangsih, Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2012, Penolong Pengadil Terbaik (Lelaki & Wanita), Pemain Belia Terbaik, Pemain Futsal Terbaik dan Pasukan Kebangsaan Terbaik (Lelaki & Wanita).

Anugerah ditaja Tourism Malaysia, Telekom Malaysia, Genting Bhd, Kerajaan Negeri Pahang, Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Hyatt Regency Kuantan Resort.

Majlis dijadual dihadiri Presiden AFF Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain