suria

MSN Minta FAM Segera Selesai Isu Dalaman

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN)Datuk Seri Zolkples Embong meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menyelesaikan masalah dalamannya supaya tidak menjejaskan usaha pembangunan bola sepak negara.

Beliau bagaimanapun berkata MSN tidak berminat untuk campur tangan dalam urusan mana-mana persatuan selagi ia tidak menjejaskan program persediaan atlet yang bernaung di bawah mereka.

"FAM kini dibebani dengan beberapa masalah dan ianya dilihat semakin rumit dan saya harap kemelut itu dapat diselesaikan dengan segera," katanya ketika mengulas tindakan FAM menguat kuasa Artikel 88 Statut badan itu terhadap individu tertentu dalam gabungan badan induk sukan bola sepak berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2012 di sini, Selasa. -BERNAMA

Artikel Lain