suria

Kerajaan Terengganu Beri Amaran Kepada T-Team

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu memberi amaran akan mengambil tindakan sekiranya pasukan kelab T-Team masih tidak menunjukkan peningkatan dalam saingan Liga Super musim ini.

Kerajaan negeri, selaku penaja utama T-Team, tidak berpuas hati dengan skuad kendalian Peter James Butler yang berdepan dengan masalah 'turun pangkat' ke Liga Perdana musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat, berkata lembaga pengurusan pasukan perlu mencari jalan bagi mengelak T-Team dianggap sebagai pasukan belasahan atau pelengkap pertandingan Liga Super.

"Kerajaan negeri memang tidak berpuas hati dengan pancapaian T-Team dan mereka perlu ambil tindakan segera bagi menyelamatkan pasukan sebelum terlambat," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Selepas 11 perlawanan musim ini, T-Team kini menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam Liga Super dengan mengumpul sembilan mata, hasil dua kemenangan, tiga seri dan kalah enam perlawanan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain