suria

Kejohanan Terbuka SEARF Medan Terbaik Uji Kemampuan Pendayung Negara

KUALA LUMPUR: Kejohanan Mendayung Terbuka Persekutuan Mendayung Asia Tenggara (SEARF) 2013 di sini akan menjadi medan terbaik menguji keupayaan sebenar pendayung negara sebelum bersaing pada Sukan SEA 2014 di Myanmar, Disember ini.

Kejohanan Terbuka SEARF yang mempertandingkan 11 kategori itu akan diadakan di Empangan Batu, Gombak, di sini, dari 14 hingga 19 Me ini.

Setiuasaha Agung Persatuan Mendayung Malaysia (Perdama), Muhamad Hasnul Aizam Bakin berkata kejohanan itu akan turut disertai oleh negara Sukan SEA seperti Indonesia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina.

"Menerusi kejohanan ini, kita dapat melihat sejauh mana kemampuan pendayung negara berbanding peserta Sukan SEA lain," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau berkata kejohanan itu adalah sebahagian daripada persiapan skuad pendayung negara memburu dua pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar. "Kebanyakan atlet kita adalah graduan universiti dan mereka masih baru dalam saingan peringkat antarabangsa. Sasaran dua pingat emas adalah realistik berdasarkan prestasi semasa mereka," katanya.

Pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, Malaysia meraih satu pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Alif Abd Halid dan Ahmad Huzaifah Ahmad Izuddin dalam acara M2. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain